Saturday, November 5, 2016

Melancong ke Korea dengan 3 orang anak kecil






18 November 2016 yang lepas saya dan keluarga pergi bercuti korea. belom start winter lagi suhu pon paling rendah dalam 11'C je masih boleh tahan lagi hehe.

Kenapa saya pilih waktu tu kerana saya tak tau anak saya ni tahan ke tak dengan suhu yang sejuk. yelah ke Cameron pon tak pernah bawak ni kan tetiba nak pegi korea.

plan kami nak ke korea boleh dikatakan agak mengejut jugalah . planning semua dalam masa 1 bulan weh. orang lain nak pergi planning berbulan-bulan kitaorang main bantai je hahaha dahla bawak 3 orang anak yang masih kecik raisha( 5tahun) , sarah (3 tahun ) dan muhammad ( 1 thn 4 bulan) dannnnnnnn raisha ni sangat la gebu baru 5 tahun tapi berat badan 31kg ( jangan kecam mak, dah macam2 buat tapi maintain gebu) ... comel dan gebukannnnnnnnn hahahhaha


Ok kalau korang ada anak kecil dan nak berjalan-jalan macam kitaorg ni boleh la amik sedikit sebanyak tip-tips dari saya. Harap dapat sangat membantu supaya holiday korang xdela stress ( ye kami agak stress waktu ke korea haritu ) hahahahaha

myeongdong street. muhammad enjoy je dalam bag carrier ayah but not sugggested sbb bulky


TIP-TIP ke Korea atau Travel ke luar negara dengan anak kecil dari pengalaman sendiri

1.BAWA STROLLER YANG SENANG LIPAT DAN KALAU BOLEH RINGAN

INI SANGATLA PENTING. WAKTU KE KOREA HARITU KAMI BAWA 1 JE STROLLER JENAMA NANO. RINGAN DAN AGAK SENANG NAK DILIPAT .so stroller tu memang plan untuk Sarah atau Muhammad bergilir-gilir untuk tidur masa kami menikmati permandangan di KOrea. Tapiiiiiiiii kami lupa Raisha pon kecil lagi dan dia perlukan stroller juga bila penat dan stroller nano tu tak boleh menampung berat raisha

tu kesilapan besar kami!SEBAB KOREA BANYAK KENA NAIK TURUN SUBWAY DAN KENA BERJALAN.KALAU KITA PON PENAT APATAH LAGI BUDAK 5 TAHUN OIIIIIIIIIII

banyak tips yang saya baca sebelum ni cakap bawak yang ringan tapi bagi pendapat saya xperlu ringan pon tak pe yang penting senang lipat. berat mana sangat stroller tu nk diangkut dari tangga subway tu. suami tercintakan gagah perkasa. kompem boleh punya aummmm.

cara dia anak duduk dalam stroller, sampai ke tangga subway ke tepi sikit yela nanti menghalang laluan orang lain plak kan. suruh anak turun dan husband lipat dan angkut ke bawah.anak2 suruh turun tangga. penat. tapi kejap je. sampai bawah dia boleh naik stroller balik dan xpyah jalan.


saya ada menyediakan khidmat sewa travel stroller jenama POCKIT. sapa yang berminat nak sewa boleh hubungi saya di 012-6993264

nak beli pon boleh =)



Image result for pockit stroller
pockit stroller




2.BABY CARRIER

saya haritu memang pakai baby carrier bjorn. saya beli dari anak pertama lagi dan guna sampai anak ke 3. Muhammad memang suka duduk dalam baby carrier ni. lagi2 di korea sejuk2 memang suka melekat dengan mommy dia

3.NURSING COVER

untuk anda yang masih menyusu, bawa nursing cover.senang nak menyusu mana2. dekat myeongdong street pon iols menyusu tau hehe. yang penting tertutup dan orang korea xkisah pon hehe kalau  yang tua-tua tu excited plak nk selak nak tengok baby hehe

4. BAWAK JAJAN LEBIH UNTUK ANAK-ANAK

sebab kalau dorang boring dorang cepat je nak meragam nasib baik masa ni bawak sugus, kokocrunch, honey star siap2 so dorang boleh mengunyah. tapi banyak jugak duit melayang sebab beli mainan nak tawan hati dorang suruh behave haha.

5. WAKTU FLITE

kalau boleh ambil flite malam sebab dorang confirm akan tidur dan tak mengganggu penumpang yang lain. waktu flite dari korea ke malaysia ada satu je pagi so pasrah dan as expected dorang tak duduk diam hahaha agak mengganggu orang lain tapi nasib baik sekejap je lepas tu tumbang jugak

6.MINIMUMKAN BAGASI KE DALAM FLITE ( HAND LUGGAGE)

sebab nanti korangla paling kelam kabut nak bawak barang lagi, nak pegang anak lagi, anak meragam sebab bergaduh nak kena pujuk dorang lagi ( kami ler tu) ok learn from experience haha


7.PREPARE MENTAL DAN FIZIKAL ANAK-ANAK

raisha dan sarah dah besar dan boleh paham apa yang kita katakan, so seminggu sebelum pegi ke korea KAMI DAN PESAN YANG AKAN NAIK FLITE LAMA, JANGAN NANGIS JANGAN GADUH, KENA JALAN BANYAK2 TAPIIIIIIII KAMI LUPA NK PREPARE FIZIKAL SEKALI. KAMI TAK BAWAK DORANG JLN KAT TAMAN LAMA2 SO MASA FIRST AND SECOND DAY, AGAK TERKEJUT JUGA LA SI RAISHA KENA JALAN BANYAK2 DAHLA TAK BAWAK STROLLER UNTUK DIA. SOOOOO WALAUPON RAISHA YANG PALING TUA TAPI DIA LA YANG PALING BANYAK MERAGAM. HUHUHU